INDONESIA 0 VIETNAM 0
Finalis edisi lalu, Indonesia, tidak memberi laluan mudah buat juara Piala AFF dua kali, Vietnam, malah menghadirkan gerun buat pelawat di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.
Tidak banyak peluang yang dicipta kedua-dua pasukan dalam babak pertama yang menyaksikan peluang terbaik Indonesia hadir menerusi percubaan Marselino Ferdinan dan Yakob Sayuri.
Ketangkasan Dang Van Lam di depan gawang juga memastikan Vietnam kekal mengimbangi permainan.
Menuju wisel penamat, skuad Garuda menggandakan usaha mereka tetapi mendapati terus buntu untuk terpaksa berpuas hati dengan keputusan tanpa jaringan menjelang pertemuan kedua di Stadium Nasional, My Dinh, Isnin depan.