Skuad Harimau Malaya berjanji akan meraih kemenangan ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF sekali gus menjadi hadiah tahun baharu untuk penyokong setia pasukan.
Kapten skuad kebangsaan, Faisal Halim, berkata semua pemain sudah bersedia dengan persiapan rapi menundukkan The Lions.
Malah, Faisal juga menegaskan pasukan tidak boleh tewas di Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam aksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.
"Semua pemain sudah bersedia dan bersemangat untuk menghadapi perlawanan tersebut. Saya juga katakan kepada rakan sepasukan bahawa esok adalah perlawanan yang sangat penting.
"Kami main di tempat sendiri, jadi kami tidak boleh kalah kerana keluarga dan penyokong datang untuk memberikan sokongan," katanya dalam sidang akhbar praperlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Malaysia wajib menang ke atas Singapura sekiranya mahu memastikan slot ke perlawanan separuh akhir Piala AFF.
Dalam masa sama, Faisal juga mengakui sedikit tekanan dirasai apatah lagi Singapura mempunyai kelebihan untuk melangkah ke pusingan seterusnya kerana pasukan lawan itu hanya memerlukan keputusan seri.
"Singapura seri dengan Vietnam dan seri (sekali lagi) sudah cukup untuk mereka. Ia satu tekanan juga buat kami.
"Namun, malam esok kami akan pergi habis-habisan. Kami mahu menang dan layak ke separuh akhir dan satu hadiah tahun baharu untuk rakyat Malaysia. Saya percaya dengan rakan-rakan dan mereka akan buat yang terbaik," katanya.
Kredit: Sinar Harian