Penyerang muda negara, Haqimi Azim Rosli, mengakui berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan corak latihan skuad kebangsaan di bawah seliaan Kim Pan-gon menjelang saingan Piala AFF bermula 20 Disember ini.
Penyerang Kuala Lumpur City FC berusia 19 tahun itu, bagaimanapun, bersedia untuk mengikut segala tunjuk ajar yang diberikan barisan kejurulatihan negara dan menganggap peluang yang diberikan kepadanya sebagai satu penghormatan, di mana dia akan berusaha menembusi senarai akhir 23 pemain untuk ke Piala AFF.
"Syukur Alhamdulillah, saya terpilih untuk menyertai skuad senior buat kali pertama dalam karier saya," katanya seperti yang dipetik Nadi Arena.
"Saya berasa bangga dan gembira kerana di bawah jurulatih Kim Pan-gon, saya boleh berlajar satu pengalaman yang luar biasa.
"Amat sukar untuk saya menyesuaikan diri tetapi saya mencuba sedaya-upaya.
"Saya amat-amat gembira dan bangga, keluarga dan rakan saya menyokong saya sejak dari bawah, jadi saya berbangga mendapat panggilan yang pertama ini," katanya.
Muzaffar Musa
Thu Dec 01 2022