Ketua Jurulatih skuad Bawah 23 tahun kebangsaan, Nafuzi Zain mengumumkan senarai 30 pemain yang bakal menyertai kem latihan pusat bagi skuad itu bermula Selasa.
Dalam sidang media yang diadakan di Wisma FAM sebentar tadi, Nafuzi turut memaklumkan bahawa 12 daripada senarai yang diumumkan akan dibarisi oleh pemain Johor Darul Ta'zim.
Manakala 8 pemain Selangor turut dipanggil bagi membarisi kesebelasan yang diperlukan beliau kali ini.
Sementara itu Pengarah Teknikal skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui barisan kejurulatihan perlu bekerja keras untuk memantau dan menilai barisan pemain muda untuk skuad B-23.
"Kita tak boleh kata ia lebih sukar sekarang kerana tiada pertandingan B-23. Jurulatih perlu belajar dan menyesuaikan diri dengan situasi ini.
"Kita perlu cari jalan untuk memantau pemain B-23. Kita perlu bekerjasama dengan jurulatih pasukan untuk memantau keadaan pemain tersebut," katanya pada sidang media mengumumkan senarai pemain B-23 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Skuad negara diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Indonesia, Filipina dan Brunei pada kejohanan Piala AFF B-23 2025.
Anak buah Nafuzi akan membuka tirai kejohanan berdepan Filipina pada 15 Julai ini sebelum menentang Brunei (18 Julai) dan Indonesia (21 Julai).