Selesai skuad 'abang', giliran pasukan 'adik' pula akan beraksi.
Tumpuan bola sepak negara selepas ini bakal terarah kepada penampilan skuad B-23 negara dalam Kejohanan Piala AFF B-23 di Jakarta, Indonesia, bulan depan.
Ia menyaksikan pengendali 'Harimau Muda', Nafuzi Zain, berdepan ujian sulung sebagai jurulatih skuad remaja Sang Garuda, Filipina dan Brunei akan menjadi lawan mereka dalam aksi peringkat kumpulan.
"Terima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerana memberikan saya peluang untuk membawa pasukan B-23 di peringkat antarabangsa," katanya di Nadi Arena.
Namun, berbeza dengan skuad senior, pasukan B-23 negara akan dibarisi rata-rata anak jati tempatan dan bakal menguji kemampuan Nafuzi untuk mengekalkan momentum cemerlang bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa.
Tuan rumah, Indonesia, tampak menjadi halangan besar buat skuad muda negara dalam Kumpulan A memandangkan hanya dua pasukan terbaik sahaja yang akan layak ke separuh akhir.
"Pemain akan mula melaporkan diri pada 1 Julai depan.
"Malah, beberapa pemain juga sudah menyertai kem latihan pasukan senior kebangsaan.
"Saya dapat mengenali pemain dengan lebih dekat. Perancangan daripada Peter ini baik untuk pasukan kebangsaan.
"Kami akan bertemu Indonesia dalam perlawanan ketiga. Kami perlu memikirkan kemenangan ke atas Filipina dan Brunei terlebih dahulu," katanya.