Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF B-23: Pengalaman empat tonggak mampu dijadikan sandaran -- Nafuzi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nafuzi-zain_1.jpg
Jurulatih B-23 negara, Nafuzi Zain, percaya skuad 30 pemain ke kem latihan pusat yang bermula semalam mepunyai potensi baik untuk menyinar dalam Piala AFF B-23 di Jakarta, bulan depan.

Walaupun empat pemain sahaja mempunyai pengalaman yang diketuai Ubaidullah Shamsul Fazili, Haqimi Azim Rosli, Fergus Tierney dan Muhammad Abu Khalil di peringkat tertinggi kancah domestik.

"Empat pemain ini bermain bersama kelab Liga Super dan pernah bermain bersama B-23 tahun lalu. 

"Saya harap pemain yang dipanggil dapat membentuk persefahaman dan membentuk gandingan yang baik. 




"Dengan pengalaman yang ada, saya berharap mereka mampu berikan impak besar kepada pasukan untuk membantu kami mara lebih jauh, Insya-Allah ke perlawanan akhir. 

"Penyokong sememangnya mengharapkan pasukan negara khususnya, agar berjaya di peringkat antabangsa. Ini satu cabaran yang besar tapi saya sudah bersedia dan pengalaman dalam karier kejurulatihan. 

"Saya harap dapat balas balik kepercayaan walaupun tahu ia bukan mudah," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video