Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF B-23: Nafuzi rancang tiga aksi pemanas badan sebelum ke Jakarta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nafuzi.jpg
Ketua jurulatih, Nafuzi Zain, dilaporkan merancang tiga aksi pemanas badan buat skuad B-23 negara menjelang Kejohanan Piala AFF B-23 di Jakarta, Indonesia bermula 15 Julai ini.

Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Harimau Muda akan menghadapi tiga aksi pemanas badan bertemu kelab Liga Super sepanjang kem latihan pusat bermula Selasa ini.

Untuk rekod, skuad B-23 negara diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Indonesia, selain Filipina dan Brunei.
 

Advertisement

Must Watch Video