BOLA SEPAK
Piala AFF B-23: Maloney anggap tiada peluang kedua
Tanpa Mukhairi Ajmal Mahadi, Umar Hakim Suhar Rezwan mahupun Luqman Hakim Shamsudin, pemain tengah skuad B-23 negara, Harith Haikal Adam, berasa ada kelainan dalam Piala AFF 2022.
Namun, atas dasar pemain paling senior, kekurangan kali ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak menyerlah dalam kejohanan serantau itu.
"Sudah pasti ketiadaan beberapa pemain utama boleh menjejaskan tapi ia juga akan memberi peluang kepada pemain yang tidak pernah beraksi dalam kejohanan antarabangsa seperti ini.
Iklan
"Piala AFF boleh menawarkan minit permainan antarabangsa kepada pemain-pemain baru," kata pertahanan Selangor itu.
Ketua jurulatih negara, Brad Maloney, pula menganggap keseimbangan di antara eksperimentasi dan keputusan adalah seiring walaupun menegaskan dari awal kelibat Malaysia di Phnom Penh adalah untuk menguji pemain.
Justeru, aksi tunggal peringkat Kumpulan B berdepan Laos pada Jumaat ini umpama hidup dan mati demi keperluan mengisi slot ke separuh akhir.
"Ia mungkin menjadikan laluan kami menjadi lebih rumit.
"Mana-mana pasukan Asia Tenggara boleh saling mengalahkan antara satu sama lain, bergantung kepada aksi pada hari itu.
"Tiada peluang kedua di sini," kata Maloney.
Must-Watch Video