Juara AFF 2010, Khairul Fahmi Che Mat, yakin dengan kredibiliti pemain muda negara mampu memterjemahkan strategi yang diterapkan Nafuzi Zain dalam misi menempah slot ke final Piala AFF B-23.
Skuad B-23 negara berdepan cabaran sukar selepas diundi dalam kumpulan yang sama dengan tuan rumah, Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam dalam saingan yang bermula 15 hingga 31 Julai depan itu.
"Pemain B-23 dipilih berdasarkan antara pemain terbaik daripada Liga Super dan pasukan tahun lalu.
"Nafuzi pastinya sudah buat kerja rumah.
"Ketika ini mereka antara pemain terbaik di dalam negara. Saya sasar mereka untuk muncul juara.
"Saya yakin dengan (kemampuan) pemain dan kredibiliti yang dimiliki Nafuzi sendiri," katanya.
Tugas getir menanti Nafuzi dalam memberi nafas baru dan memastikan pasukan sedia menebus kekecewaan meraih tempat keempat dalam edisi 2023.
Tambah bekas pemain tengah Harimau Malaya, Reduan Abdullah: "Dia perlu diberikan masa untuk menerapkan falsafahnya dan barisan kejurulatihan akan membantunya.
"Persiapan pasukan penting, Nafuzi akan mencari ramuan untuk menghadapi Piala AFF nanti."