VIETNAM 0 MALAYSIA 3
Skuad Harimau Malaya B-19 negara menampilkan perlawanan bertenaga ketika berdepan lawan yang juga juara Kumpulan A, Piala AFF.
Anak buah Hassan Sazali Warras itu mendahului di Stadium Patriot Candrabhaga menerusi percubaan menarik Adam Faran Faizal pada minit ke-26 untuk menewaskan Cao Van Binh.
Tersentak, Vietnam menggandakan asakan untuk menyamakan kedudukan tetapi kedudukan 1-0 kekal tamat separuh masa pertama.
Vietnam cuba bangkit memburu gol penyamaan menerusi beberapa percubaan, namun benteng pertahanan negara tampil ampuh mengekang asakan lawan.
Malaysia sebaliknya berjaya mengukuhkan kedudukan apabila hantaran Haqimi Azim Rosli ditampan masuk Haiqal Haqeemi Hairi untuk menewaskan Van Binh buat kali kedua pada minit ke-70.
Jaringan itu tampak mematikan langkah lawan apabila skuad negara terus melebarkan jurang dengan gol ketiga menerusi Haykal Danish Haizon, tiga minit sebelum wisel penamat untuk kedudukan 3-0 memihak pasukan kebangsaan.
Kemaraan ke pentas final menjadi peluang terbaik buat skuad negara mengulangi pencapaian 2018 apabila muncul juara kejohanan itu menewaskan Myanmar dalam edisi berkenaan.
"Kami berjaya memperoleh sewaktu menentang Vietnam. Terima kasih kepada pemain, barisan kejurulatih dan pengurusan.
"Kemenangan ini untuk seluruh bola sepak tanah air.
"Kemenangan ini akan memastikan kami kekalkan momentum dalam perlawanan akhir kelak," kata jurulatih negara.
Pentas akhir kali ini akan mempertemukan Malaysia dengan Thailand atau Laos yang akan ditentukan dalam satu lagi aksi separuh akhir malam ini sebelum kejuaraan edisi 2022 ditentukan pada Jumaat ini.