Sejak namanya terpilih ke Kejohanan AFF B-19, Haqimi Azim Rosli terlepas majoriti latihan bersama skuad kendalian Hassan Sazali Waras itu untuk kekal bersama skuad The City Boys berikutan pendedahan yang lebih berkualiti bersama pemain berpengalaman negara.

Haqimi Azim bertekad membantu skuad B-19 negara mengecapi kejayaan di Indonesia kelak selepas permulaan sukar pada awal karier.

Ia membuatkan pemain serba boleh itu cekal menempuh segala dugaan demi mengecapi kejayaan kerana 12 bulan lalu, dia hampir menemui jalan buntu untuk kelangsungan kariernya.

Kini dia bagaikan bermimpi untuk menikmati kemanisan peluang terhidang.

"Sebelum ini saya tiada pasukan, saya terpaksa cari makan dengan buat kerja penghantaran untuk sara keluarga disebabkan pembatalan Piala Belia.

"Pada awal tahun ini jurulatih, Shahrom Kalam, nampak bakat saya. Dia bawa saya dari bawah sampai sekarang.

"Saya berterima kasih kepada Shahrom dan seorang lagi jurulatih, Ivan Yusoff," kata pemain sayap yang bakatnya digilap di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari itu.




Jadual perlawanan:

KEMBOJA LWN MALAYSIA
5 JULAI, 4.00 PETANG
STADIUM MADYA GELORA BUNG KARNO

MALAYSIA LWN SINGAPURA
7 JULAI, 4.00 PETANG
STADIUM MADYA GELORA BUNG KARNO

TIMOR LESTE LWN MALAYSIA
9 JULAI, 8.00 MALAM
STADIUM MADYA GELORA BUNG KARNO

MALAYSIA LWN LAOS
11 JULAI, 4.00 PETANG
STADIUM PATRIOT CANDRABHAGA