Piala AFF B-23: Ibarat misi hidup mati jumpa Laos

Shaiful Shamsudin
Februari 15, 2022 21:15 MYT
Penarikan diri Myanmar pada saat-saat akhir Piala AFF B-23 bakal menyaksikan skuad negara berdepan perlawanan hidup dan mati Jumaat ini.
Malaysia mengadakan latihan di Stadium Prince, Phnom Penh, petang tadi memandangkan sudah sampai ke gelanggang perlawanan sebelum dimaklumkan penarikan diri pasukan lawan akibat COVID-19.
Ketua jurulatih negara, Brad Maloney, lebih senang sekiranya anak buahnya didedahkan dengan perlawanan berbanding diberikan kemenangan percuma dan kini mereka perlu menang sekiranya berhajat ke separuh akhir.
"Saya tidak nampak sebarang kelebihan, ia boleh jadi sebaliknya.
"Apa sahaja boleh berlaku dalam sebuah perlawanan, ia ibarat final.
"Tiada yang mudah melainkan memastikan tugas ini diselesaikan.
"Kami akan kembali menjalani persiapan," kata Maloney di Nadi Arena sebentar tadi.
;