Bekas jurulatih kebangsaan B. Sathianathan, percaya insiden kontroversi di Hanoi tidak akan menjejaskan mental pemain negara sempena menghadapi Singapura.
Sathianathan optimis anak buah Kim Pan-gon itu mampu bangkit, namun mengharapkan agar barisan pemain tidak dibelenggu perasaan gementar dalam melunaskan misi penting Harimau Malaya.
"Kita jangan nilai berdasarkan satu perlawanan sahaja, tapi biarlah dalam empat perlawanan terakhir iaitu pasukan negara dapat keputusan yang positif.
"Tapi kita tahu bukan senang untuk bermain di Vietnam yang membuat persediaan rapi bagi menghadapi Piala AFF.
"Saya pasti pasukan negara dapat meraih tiga mata ke atas Singapura asalkan pemain yang diturunkan tidak gelabah dan mampu tampilkan prestasi sebenar.
"Sokongan penyokong negara juga mampu menyuntik keyakinan negara. Suasana yang diwujudkan penyokong mampu menukar semangat pemain negara seterusnya menampilkan persembahan terbaik sampai 90 minit.
"Inilah dua ramuan untuk pasukan negara bagi atasi Singapura," katanya.