Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF 2022: Bukit Jalil kekal gelanggang keramat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bukit-jalil-national-stadium.jpg
Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) kekal menjadi gelanggang keramat buat Harimau Malaya untuk mengharungi Piala AFF 2022.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi mengumumkan status gelanggang rasmi skuad kebangsaan kekal di Bukit Jalil untuk mereka menghadapi cabaran Kumpulan B berdepan Laos (24 Disember), Singapura (3 Januari) termasuk perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir sekiranya skuad bimbingan Kim Pan-gon itu layak. 

Menjelang sepak mula kempen itu pada 20 Disember, Harimau Malaya akan menjalani perlawanan pemanas badan dengan Kemboja di Bukit Jalil pada 9 Disember sementara ujian kedua, Maldives akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras pada 14 Disember. 




Menurut Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam satu kenyataan di laman sesawang badan induk itu: "Kami sedia maklum mengenai keadaan padang di Stadium Nasional dan akan mengambil langkah bersama dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam usaha memastikan kualiti padang berada pada tahap memuaskan pada perlawanan-perlawanan yang telah dijadualkan itu nanti.

"Kepada penyokong Harimau Malaya, kami berharap agar aura Stadium Nasional yang ditampilkan ketika Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu akan dapat diteruskan lagi pada perlawanan-perlawanan yang akan datang ini."


 

Advertisement

Must Watch Video