Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysian (MFL), Stuart Ramalingam, menafikan penyusunan kalendar Liga Malaysia (Liga-M) 2021 menjadi punca utama kegagalan skuad Harimau Malaya dalam Piala AFF 2020 yang dikatakan tidak memiliki tempoh persiapan rapi.
Tegas Stuart, MFL sudah cuba sehabis baik dalam usaha membantu persiapan skuad Tan Cheng Hoe itu ketika industri bola sepak domestik turut terkesan dengan COVID-19.
"Bukan jadual tempatan menjadi gangguan kepada (persiapan) pasukan kebangsaan (sebaliknya) jadual kebangsaan dengan kuarantin mengganggu liga tempatan.
"Tetapi ia (melibatkan) kerjasama (di antara) dua parti dalam industri bola sepak, sedikit tolak ansur diperlukan untuk liga dihentikan.
"Bukan dua minggu tetapi ia mengambil masa sebulan kerana kuarantin juga memakan masa. Ia memerlukan kerjasama di antara MFL dan pasukan kebangsaan untuk menentukan jadual liga.
"Bukan senang (untuk mengatur jadual) berikutan dua tahun pandemik melanda sepanjang 2020 dan 2021. Mungkin ada perdebatan tentang kekangan jadual. Tapi kita perlu realistik kerana sedang dalam (suasana) pandemik selain perintah kawalan pergerakan (PKP).
"Ia adalah satu masalah yang membabitkan keadaan semasa," katanya.
Shaiful Shamsudin
Tue Dec 21 2021