BOLA SEPAK
Piala AFF 2020: Biar bedah siasat dibuat orang yang pernah tendang bola -- Sathianathan
Bekas jurulatih negara, B Sathianathan, menuntut keputusan hasil laporan prestasi skuad negara dalam kempen Piala AFF 2020 perlu diperhalusi oleh pihak yang arif dalam bola sepak.
Selepas muncul finalis dalam edisi tiga tahun lalu, Harimau Malaya tersingkir awal dalam kempen di Singapura selepas menduduki tangga ketiga Kumpulan B.
Tegas pengendali berpengalaman itu, andai hal semasa dan kepentingan skuad negara berada di tangan individu yang salah, tiada penyelesaian terbaik mampu diputuskan dan ia amat merugikan.
Iklan
"Jangan cari kesalahan (sebaliknya) cari kelemahan lepas itu buatlah bedah siasat.
"Ia perlu dilakukan oleh orang yang bijak pandai dalam bola sepak, bukan orang yang tidak pernah tendang bola," katanya di Nadi Arena.
Lebih keliru apabila pemain yang sememangnya berada dalam senarai utama tidak disenaraikan untuk mengharungi cabaran negara di Singapura.
Apabila berlaku kecederaan atau perkara yang tidak dijangka seperti mana yang berlaku ke atas Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Shahrul Saad, segala-galanya umpama penamat buat pertahanan negara.
"Sama dengan (La'vere) Corbin Ong, Matthew Davies, (Mohamadou) Sumareh, (Nor) Azam Azih daripada Sri Pahang -- dia pemain utama kelab.
"Ini pemain yang kita tiada, pemain inilah yang boleh boleh membuat perbezaan (jadi penentu perlawanan)."
Must-Watch Video