Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFC: Terengganu tetap hargai mata berharga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syahmi-zamri-terengganu-fc-2023.jpg
Terengganu FC mengekalkan rekod tanpa kalah selepas dua perlawanan Piala AFC dengan mengikat wakil Indonesia, Bali United, dalam Kumpulan G malam tadi. 

Tuan rumah berdepan kesukaran untuk menembusi kubu Bali yang ditunjangi pemain import dari Thailand, Elias Dolah.

Gandingan Adisak Kraison, Sony Norde, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob dan Nor Hakim Hassan tampak buntu untuk melancarkan serangan.

Ketumpulan itu dihukum Bali United pada minit kt-54 menerusi percubaan Privat Mbarga.

Gol itu menyemarakkan api kebangkitan Sang Penyu untuk lebih agresif di depan gawang dan berhasil mencari gol penyamaan enam minit sebelum tamat perlawanan melalui penyudah Syahmi Zamri.

"Bali memberi saingan yang sangat baik. 




"Syukur dapat pastikan juga mata. 

"Kami akan terus berusaha dan berikan yang terbaik," kata penyerang itu. 
 

Advertisement

Must Watch Video