Sabah FC melunas dendam dalam aksi terdahulu apabila melakar kemenangan penuh bergaya ke atas Hai Phong FC 4-1 dalam aksi peringkat kumpulan Piala AFC di Stadium Likas sebentar tadi.
Saddil bertindak sebagai perancang yang cukup efisien dalam aksi keempat Piala AFC Sabah, menghasilkan dua bantuan jaringan yang disempurnakan oleh Darren Lok dan Gabriel Peres.
Turut berpeluang mendapatkan jaringan dalam beberapa percubaan, Saddil menyatakan masih belum berpuas hati dengan kemenangan yang diperoleh malam ini.
Dia berkata, "Saya sendiri belum berpuas hati kerana terdapat banyak lagi perlu diperbaiki untuk perlawanan akan datang.
"Kami memiliki pasukan yang berkerjasama yang kuat setiap kali turun ke gelanggang, jurulatih yang berkualiti, barisan pelatih yang sentiasa mahu memastikan setiap pemain bermain dengan baik ditambah memahami taktikal yang dicuba mahu diterjemahkan.
"Kami berharap untuk terus menampilkan yang terbaik buat Malaysia, kelab kebanggaan Malaysia iaitu Sabah FC.
"Setiap perlawanan memiliki kualiti tersendiri. Setiap apa yang telah diusahakan telah diterjemahkan dan kami mahu memastikan keputusan yang positif terus diperoleh dan mengharapkan sesuatu dapat dihasilkan dalam kejohanan kali ini."
Daniel Ting membuka jaringan buat Sabah sebelum Darren menggandakan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama. Gabriel Peres memastikan Sabah mengawal rentak kemenangan sebelum Jafri Firdaus Chew menoktahkan kemenangan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee di Likas.
Sabah kembali beraksi dalam saingan Piala AFC 30 November ini bertemu kelab Hougang United FC sebelum melengkapkan saingan peringkat kumpulan bertemu PSM Makassar.
Radu Sabah Radu!
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 9, 2023
Sabah ledak empat gol benam Hai Phong FC
Jom vote jaringan siapa terpaling meletop!!