Skip to main content

Bola Sepak

Phil Foden buktikan mampu ambil peranan Kevin De Bruyne

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

phil-foden.jpg
Phil Foden memberi isyarat kepada Pep Guardiola bahawa dia sedia menjadi perancang utama Manchester City selepas Kevin De Bruyne perlu berehat panjang. 

Foden menjadi arkitek kepada gol tunggal perlawanan yang disumbangkan Julian Alvarez ketika mereka mengetepikan Newcastle United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi. 

Dengan tonggak berpengalaman, Bernando Silva, turut tercedera, Foden menikmati permainannya dari bahagian tengah padang Stadium Etihad itu. 

"Pengurus memberitahu saya untuk lebih banyak bergerak di antara bahagian tengah dan pertahanan lawan, ia adalah peranan yang saya nikmati," katanya kepada TNT Sports selepas perlawanan.

“Saya mencipta ruang yang baik untuk gol Alvarez kerana Kovacic melihat saya, saya pula telah mengesan kedudukan Julian dengan lebih awal sementara dia mempunyai naluri untuk gol. Dia cukup berbisa ketika berada di kawasan kotak penalti.

"Pengurus telah beberapa kali berpesan supaya saya kekal bersabar dan sentiasa berlatih dengan gigih demi peluang pada masa depan.





"Saya mahu menghantar mesej ini kepada Guardiola kerana terdapat begitu ramai pemain yang berkualiti di Manchester City. Saya akan cuba menjadi lebih baik dan menuntut lebih banyak terhadap diri sendiri.

“Dengan pemain seperti Kev dan Bernardo terkeluar, mungkin itulah sebabnya saya mendapat kepercayaan untuk beraksi di posisi hari ini dan seperti yang saya katakan, saya seronok dapat bermain di posisi ini dan semoga pada masa depan, saya beroleh lebih banyak perlawanan dan membuktikan kepada semua orang mengenai kemampuan saya.”

Advertisement

Must Watch Video