Skip to main content

Bola Sepak

PETRONAS beri penjelasan mengenai inisiatif dengan Juventus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

petronas-juventus.jpg
PETRONAS Lubricants International (PLI), dalam satu sebaran media sebentar tadi, mengakui laporan mengenai inisiatif yang dijalinkan syarikat itu dengan Kelab Bolasepak Juventus.

Ia merupakan satu inisiatif yang diketuai oleh PETRONAS Lubricants Italy sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk berhubung dengan pelanggan dan pengedar di pasaran Eropah dan bukanlah penajaan buat kelab berkenaan. 

Menurut syarikat itu, akses ke kawasan terpilih di Stadium Allianz akan berfungsi sebagai platform strategik bagi aktiviti pemasaran dan promosi pelbagai produk PLI untuk mengukuhkan lagi kehadiran jenama mereka di Eropah.
 

Advertisement

Must Watch Video