Ketua jurulatih skuad bolasepak kebangsaan, Peter Cklamovski, menjadi perhatian sepanjang minggu ini. Biarpun memulakan tugas rasminya sejak 1 Januari 2025 tetapi tidak ramai yang berikan perhatian kepadanya, kecuali penyokong tegar.
Namun sejak dua minggu lalu, Peter mula dihujani perhatian yang sangat kritikal. Sejak berbicara dalam sidang media pengumuman pemain skuad harimau Malaya bagi menghadapi Nepal, Peter sibuk melayani permintaan warga media sukan yang mahukan buah fikirannya dikongsi.
Belum lagi dihitung lontaran persoalan daripada peminat yang kritis tentang keupayaan bekas pemain tengah kelab Bonnyrigg White Eagles di Liga Australia ini di pelbagai media sosial. Tetapi tidak mengapa kerana Peter tidak perlu pun menjawabnya.
Namun ia isyarat jelas betapa sejak era Kim Pan Gon berakhir - ekor Harimau Malaya kelaparan !
Kesibukkan wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Fina Nasrom dan juga Kamal Nizam mencari berita dan perkembangan terkini Peter sentiasa dinantikan penonton laporan terkini mereka. Tidak cukup di layar televisyen, laman X wartawan - wartawan ini tidak pernah lekang dari tatapan penyokong.
Apapun Peter bakal diuji, bukan saja Nepal tetapi juga Laos dan Vietnam.
Peter akan terus dihujani pada ketika Peter memburu petir untuk memercik kejayaan buat bolasepak Malaysia!

NATIONAL SQUAD TRAINING SESSION in Padang Seri Gelam, Johor | 22th MARCH 2025
— Malaysia NT (@malaysia_nt) March 22, 2025
National squad under Peter Cklamovski's supervision have their fifth training session at the Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, in Johor this evening.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/iCxMFbdQGP