Skip to main content

Bola Sepak

Peter Cklamovski percaya ada ramuan lonjak bola sepak Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peter-cklamovski_1.jpg
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, tidak melatah dan hanya fokus kepada tugas mempersiapkan barisannya untuk menghadapi perlawanan persahabatan dan kelayakan Piala Asia. 

Skuad negara akan menjalani fasa pertama latihan pusat sebelum menghadapi aksi persahabatan Malaysia menentang Cape Verde di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis depan.

Dalam masa sama, Cklamovski tidak terkesan dengan perbalahan di luar padang yang membabitkan legenda tempatan, Datuk Santokh Singh, semalam yang mempersoalkan identiti Harimau Malaya. 

Malah, Cklamovski sememangnya sudah bertindak dalam mengenal pasti kelemahan penganjuran saingan domestik.

"Saya dan kakitangan turun memantau perlawanan dan latihan, termasuk cuba mendapatkan perkembangan kelab dan pembangunan belia. 




"Bola sepak perlukan bantuan tapi masalahnya tidak akan boleh diselesaikan dalam tempoh sehari. 

"Saya menghormati perkara yang sudah berlaku. 

"Saya tidak mahu ungkit kisah silam, kami adalah pasukan kebangsaan untuk negara anda. 

"Saya benar-benar tidak faham mengapa perkara negatif membelenggu pasukan kebangsaan dan projek ini. 

"Saya berpendapat kita harus sentiasa di belakang pasukan ini dan negara. Kami di sini cuba menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat Malaysia.

Mengelak daripada mengeruhkan keadaan, Cklamovski percaya dia mempunyai formula untuk memperkemaskan kancah Liga Malaysia (Liga-M) tetapi menggesa semua pihak agar saling bekerjasama.

"Wawancara itu mempunyai agenda tertentu, ia bercanggah dengan (pendekatan) pasukan kebangsaan dan bukannya ditujukan terus saya. 





"Ia langsung tidak berasas dan tidak tepat. Saya dan kakitangan saya ke mari melihat segala aspek untuk diperbaiki dalam Liga Malaysia (Liga-M) dan kami tahu cara melakukannya. 

"Biarlah kita ketepikan perkara negatif yang terjadi di luar -- anda lebih tahu daripada saya tentang apa yang berlaku. 

"Sila bawa aspek positif ke pasukan, negara dan bola sepak Malaysia kerana kami sasar untuk menaikkan mutu bola sepak Malaysia," katanya.

28 pemain mula melaporkan diri dalam Fasa 1 latihan pusat kebangsaan di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, semalam.


"

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video