Petar Segrt berminat ganti tempat Kim Pan-gon?

Radzi RH
Julai 23, 2024 12:20 MYT
Bekas pengendali Tajikistan, Petar Segrt, yang berjaya bantu pasukan Asia Tengah itu julang Pesta Bola Merdeka 2023 luah rasa minat untuk ganti posisi ditinggalkan Kim Pan-gon.
Pengendali 57 tahun berasal dari Croatia itu bagaimanapun masih belum dapat sebarang tawaran daripada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Beliau yang kini berada di Berlin dikhabarkan berjaya dapat tawaran beberapa kelab di benua Eropah selepas sah tinggalkan Tajikistan pada februari namun tidak berminat untuk berkelana di sana dan lebih tertarik jika ditawarkan menjadi pengendali di rantau Asia.
Mengulas mengenai keputusan Kim Pan Gon meninggalkan Harimau Malaya –- Segrt menghormati keputusan pengurus dari Korea Selatan itu selain berminat dengan corak taktikal diperkenalkan KPG.
Untuk rekod, The Crowns catat statistik cukup mengagumkan di bawah kendalian Segrt dengan antaranya julang Piala Pesta Bola Merdeka 2023 selain cetak sejarah terbaik dalam debut di Piala Asia selepas beberapa kali mencuba untuk ke pusingan akhir.
#Kim Pan-gon #Tajikistan #Pestabola Merdeka #Pestabola Merdeka 2023 #Petar Segrt
;