Skip to main content

Bola Sepak

Pestabola Merdeka: Tiada siapa sangka Tajikistan akan menang, kata Segrt

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

petar-segrt-2.jpg
Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Segrt, percaya tiada siapa akan menyangka pasukannya mampu memenangi kejohanan Pestabola Merdeka menewaskan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Menurutnya, kemenangan itu adalah hasil kerja berpasukan dan mereka berhak menjuarai kejohanan berkenaan.

"Sesiapa pun tidak menyangka kami akan menang dan kami berhak menang perlawanan ini.

"Kami bermain tersusun dan berdisiplin sepanjang perlawanan. Ini kejayaan berpasukan dan bukan hasil seorang sahaja," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

Sebelum ini, Segrt menjelaskan dia tidak dapat membawa 15 pemain utama dalam kejohanan ini selain purata pemain yang berada dalam pasukan adalah berumur 21 tahun.

Dalam perlawanan itu, gol pasukan di ranking ke-110 dunia itu dijaringkan oleh Soirov Rustam pada minit ke-44 dan Samiev Shahrom pada minit ke-88.

Ia menjadi kejuaraan Pestabola Merdeka pertama buat Tajikistan dalam penampilan sulung mereka.

-- Sinar Harian
 

Advertisement

Must Watch Video