Peminat neutral mengakui merindui laungan Ultras Malaya di Rumah Harimau Malaya dan berharap kelibat kumpulan penyokong tegar itu kembali apabila skuad kebangsaan mengadakan pertemuan final Pestabola Merdeka 2024 dengan Lubnan, Ahad ini.
Walaupun tetap ada penyokong yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, ramai beranggapan suasana agak sepi tanpa kelibat Ultras Malaya.
Kehadiran penyokong berseragam itu pastinya mampu melonjakkan semangat pemain negara yang kali terakhir menewaskan wakil dari Timur Tengah 10 tahun lalu, Yaman, 2-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia.
"Lawan pak Arab ni, badi kita tak pernah menang. Tapi Ahad ini kita jumpa balik. Kami mahu Ultras Malaya turun sekali ke SNBJ. Kalau boleh kami nak semua stadium penuh.
"Tolonglah datang balik, kami perlukan kamu semua," kata sekumpulan penyokong yang diwawancara.