BOLA SEPAK

Pestabola Merdeka: Pau Marti puas Malaysia muncul juara

Ammar Hakim 09/09/2024 | 11:38 MYT
Tiada perkara yang dapat melupuskan rasa puas hati ketua jurulatih negara, Pau Marti, sebaik satu jaringan tunggal Romel Morales sudah cukup meletakkan Malaysia selaku juara Pestabola Merdeka selepas 11 tahun.
Akhyar rashid menjadi perbualan menerusi beberapa babak yang mempersoalkan sikap fairplay sebagai pemain selain peluang paling hampir sebanyak tiga kali mencetak jaringan tidak membuahkan hasil.
Malaysia memiliki lebih lima peluang cetak jaringan namun tiada penyudah tepat.
Ironinya kegagalan itu dibayangi dengan kemenangan menerusi satu jaringan tunggal ke atas Lubnan, membuatkan ketumpulan di jentera serangan negara seolah-olah dilupakan seketika.
Marti ketika ditemui di sidang media usai tamat perlawanan mengakui hal itu namun bagi pengendali kelahiran Sepanyol itu, sekurang-kurangnya Malaysia memiliki percubaan berbahaya.
Sementara itu, Marti tidak menafikan keperluan skuad kebangsaan untuk terus mendapatkan khidmat pemain berdarah campuran sekiranya ia untuk perkembangan sihat Harimau Malaya.
;