Pestabola Merdeka: Pau Marti dedah rahsia Harimau Malaya muncul juara
September 9, 2024 14:05 MYT
Ketua jurulatih skuad bola sepak negara, Pau Marti Vicente membuka mulut mengenai kejayaan Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 2024 selepas menumpaskan Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Beliau berkata, barisan kejurulatihan, pegawai dan para pemain bekerja sebagai satu pasukan ibarat sebuah keluarga besar yang utuh.
Sambil meluahkan rasa gembira dengan kemenangan itu, jurulatih dari Sepanyol itu turut menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti simbolik atas kerja keras anak-anak buahnya.
Skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti muncul juara Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 selepas menewaskan Lubnan 1-0 menerusi jaringan Romel Morales minit ke-33 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/n8JgYkjcG9
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 8, 2024
"Ia satu aksi yang sukar. Semua pemain bekerja keras dalam aksi final dan ini adalah hari yang baik untuk diraikan. Fikiran saya ketika ini ialah kami sangat gembira dan layak untuk menang.
"Barisan pemain yang mantap dan hubungan dalam kalangan pegawai pasukan juga bagus. Hubungan erat secara keseluruhan. Itu antara kunci kejayaan pasukan," katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan.
Jaringan tunggal penyerang naturalisasi, Romel Morales pada babak pertama sudah cukup buat Malaysia merangkul gelaran kali ke-13 dan pertama sejak kemenangan terakhir pada tahun 2013 menerusi skuad bawah 23 tahun.
? Dengarkan komen ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti pada sidang media selepas aksi Final Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi dengan Malaysia muncul juara. Video penuh di https://t.co/4aDBuB9oxZ#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/FeEu9NbHrf
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 9, 2024
"Separuh masa kedua, kami bergelut untuk mengekalkan corak permainan yang sama dan mempunyai beberapa peluang serta boleh menjaringkan satu atau dua gol. Mungkin ia akan jadi berbeza untuk kita " katanya. - Sinar Harian