Pestabola Merdeka: Info Siaran Langsung Malaysia vs Tajikistan

Afiq Azfar
Oktober 17, 2023 09:47 MYT
Malaysia bakal membuat perhitungan di pentas perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 apabila bakal bertemu Tajikistan yang kini menghuni ranking yang ke 110.
Skuad Harimau Malaya layak ke perlawanan akhir setelah menundukkan India 4-2 pada Jumaat. Perhitungan tersebut bakal dilangsungkan pada 17 Oktober 9:00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, kekal menjadi venue perlawanan walaupun terdapat beberapa anggapan bahawa stadium tersebut belum masih bersedia untuk digunakan.
Bagi penyokong yang tidak berkesempatan untuk ke stadium, anda boleh menyaksikan siaran langsung bagi perlawanan tersebut yang dibawakan khas di saluran Astro Arena Bola 803 dan Astro Go.
Untuk info, pertemuan terdahulu melibatkan kedua-dua pasukan adalah sebanyak 3 kali di mana Malaysia menang sekali manakala 2 kali dimenangi Tajikistan. Pertemuan kali terakhir adalah di perlawanan akhir 48th King’s Cup 2022 yang menyaksikan Malaysia tewas dalam penentuan sepakan penalti 0-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam masa sebenar.

#H2H Malaysia ????? TajikistanMenang 1⃣Kalah 2⃣Mata ranking FIFA diperolehi:Menang +5.78Seri (menang PSO) +3.28Seri (kalah PSO) +0.78Kalah -4.22Jika menang Malaysia akan mengumpul 1106.72 mata & naik ke ranking 133 dunia#MASvsTJK #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2023 pic.twitter.com/MVL85Y391A

— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) October 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Harimau Malaya #Tajikistan #Pestabola Merdeka #Kim Pan Gon
;