Skip to main content

Bola Sepak

Pestabola Merdeka: Junior Eldstal sahut cabaran persaingan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

385907932_1024296361976933_5578542056660061867_n_1.jpg
Pertahanan skuad negara, Junior Eldstal, mengakui wujud persaingan sihat di bahagian pertahanan dan dia bersedia untuk mencabar posisi berkenaan.

Jelas Eldstal lagi, persaingan yang wujud membuktikan bahawa setiap pemain sentiasa berusaha membuktikan kemampuan masing-masing dalam usaha meraih perhatian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon.

Tanpa berselindung, tonggak pertahanan yang beraksi di Liga 1 Indonesia bersama kelab Dewa United itu turut pasang impian mempertahankan kejuaraan Pestabola Merdeka yang diraih Malaysia pada kali terakhir penganjuran ketika edisi 2013.

Untuk rekod, Eldstal muncul antara peledak jaringan ketika Malaysia menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

"Persaingan sentiasa ada dalam pasukan kebangsaan. Saya dan jurulatih memiliki persafahaman yang baik dan beliau mengetahui kualiti saya. Saya sentiasa akan memberikan yang terbaik dalam pasukan ini," katanya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video