Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai perancangan untuk menggunakan stadium lain bagi aksi final Pestabola Merdeka membabitkan Malaysia dan Tajikistan pada Selasa ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Firdaus Mohamed, berkata badan induk bola sepak negara itu juga tidak menerima permohonan daripada Tajikistan untuk menukar venue perlawanan.
Firdaus juga mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang sedia menawarkan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor untuk digunakan oleh Harimau Malaya bagi aksi final itu.
"Pertama sekali, kami menjunjung kasih dan berterima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana menawarkan gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), iaitu Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor untuk digunakan oleh Harimau Malaya.
"Namun, setakat hari ini, final Pestabola Merdeka akan diteruskan mengikut perancangan asal, iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kami juga tidak terima apa-apa permohonan daripada pihak Tajikistan.
“Jadi, setakat ini, tiada sebarang perubahan dibuat tetapi sudah pasti kami harap perlawanan selepas ini dapat berjalan lancar,” katanya.
Pada Jumaat lalu, Harimau Malaya dan India menjadi pasukan pertama menggunakan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang baru sahaja mendapat rumput baru, Zeon Zoysia.
Dalam perlawanan itu, skuad negara berjaya India 4-2 tetapi kemenangan itu dibayangi keadaan rumput yang tercabut di beberapa bahagian padang.
Ia sekali gus mengundang persoalan sama ada padang itu boleh digunakan untuk aksi final pada Selasa ini atau tidak.
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) juga sedang bertungkus lumus untuk membaik pulih keadaan padang berkenaan.
-- Sinar Harian