BOLA SEPAK MSIA
Pestabola Merdeka: Aksi berdepan Harimau Malaya sukar -- Pengendali Lubnan
Jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic mengakui kekalahan 0-1 kepada Malaysia dalam aksi final Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil berpunca daripada kesilapan mereka sendiri.
Beliau berkata, para pemain melepaskan banyak peluang untuk meledak gol sambil mengakui aksi di di Stadium Nasional Bukit Jalil itu sebagai sukar buat mereka.
Malah beliau menjelaskan hal tersebut sudah dijangka kerana pasukan tuan rumah mempunyai pemain yang bagus.
Keputusan Masa Penuh? Final Pestabola Merdeka 2024 | Ahad, 8 September 2024MALAYSIA ?? 1-0 ?? LUBNAN⚽️ Romel Morales 33' #FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/sJuqNbqiei— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 8, 2024
Iklan
"Aksi yang sengit. Kami sedikit menghormati lawan pada mulanya. Namun selepas itu dapat beraksi dengan baik.
"Malangnya kami bolos dan sukar untuk mengatur semula permainan. Kami ada beberapa peluang, tapi kejayaan memihak Malaysia.
"Tahniah buat mereka," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Ia kekalahan pertama Lubnan selepas dua kali menewaskan Harimau Malaya menerusi jaringan 2-1 pada tahun 2017 dan 2018.
Radulovic turut menjelaskan misi mereka datang ke Malaysia adalah untuk meraih trofi, namun tetap gembira dengan gelaran naib juara.
Skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti muncul juara Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 selepas menewaskan Lubnan 1-0 menerusi jaringan Romel Morales minit ke-33 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/n8JgYkjcG9— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 8, 2024
"Kami datang untuk menang (jadi juara), namun ada situasi tidak jelas (keputusan pengadil). Tidak mengapa ia biasa dalam bola sepak," katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video