Pestabola Merdeka 2024: Tiada perubahan ketara bakal berlaku -- bekas pemain kebangsaan

Najmi Iman
Ogos 20, 2024 20:57 MYT
Menjelang saingan Pestabola Merdeka 2024, jurulatih sementara pasukan Harimau Malaya, Pau Marti, diramal tidak melakukan perubahan drastik mengenai senarai panggilan pemain ke kem latihan bermula esok.
Menurut bekas penjaga gol kebangsaan, Azmin Azram Aziz, dia mempercayai pengendali dari Sepanyol itu akan mengekalkan barisan pemain sama bagi mengelakkan memberi kesan kepada persembahan skuad negara secara keseluruhan.
"Mungkin tidak banyak perubahan yang dia (Pau Marti) boleh buat kerana kita akan menyaksikan corak permainan yang sama atau dengan sedikit penambahbaikan kerana terpulang kepada pemain untuk menerima pendekatan yang akan diberikan.
"Selain itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan terpuji untuk mengadakan pertandingan ini di dalam kalendar FIFA dan saya sangat bersetuju dengan perancangan ini cuma perlu memanggil pasukan yang lebih hebat selepas ini," katanya.
#bola sepak #Malaysia #Harimau Malaya #Pestabola Merdeka
;