Skip to main content

Bola Sepak

Pestabola Merdeka 2024: Lakar kemenangan adalah mentaliti Harimau Malaya -- Endrick Dos Santos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

endrick.jpg
Pemain tengah kebangsaan, Endrick Dos Santos, sedia membantu Harimau Malaya menawan perlawanan Separuh Akhir 1 Pestabola Merdeka 2024 menentang Filipina, Rabu depan. 

Dengan momentum kemenangan selepas menjuarai Piala FA bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), dia berharap mampu menzahirkan semangat itu tatkala menyarung jersi negara.

"Kami berasa sangat baik, gembira berada di sini untuk mewakili negara dan ini merupakan kejohanan yang penting buat kami semua.


 

"Kami bersedia untuk melakar kemenangan. Saya rasa (jurulatih) menerapkan corak yang sama jadi tiada masalah untuk kami mengikuti segala arahan jurulatih baru. Di JDT, kami melakukan latihan berintensiti tinggi jadi saya rasa tiada masalah buat saya.

"Apabila kami hadir di sini mentaliti kami adalah untuk menang, tanpa mengira lawan yang bakal kami hadapi. Itu adalah mentaliti Malaysia." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video