Skip to main content

Bola Sepak

Pestabola Merdeka 2024: 5,000 peserta serta larian, tanda setia sokong Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pbm.jpg
Sokongan peminat bola sepak tanah air terhadap skuad Harimau Malaya diserlahkan menerusi Larian Pestabola Merdeka 2024.

Buktinya, acara pagi tadi yang bermula dariDataran DBKL, Kuala Lumpur itu mendapat sambutan hangat menerusi penyertaan maksimum seramai 5,000 pelari walaupun saingan edisi ke-43 ini dikatakan bakal diberi sambutan hambar. 

Sambil berlari kibar Jalur Gemilang, perkongsian lanjut bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.


 

"Kita melihat penganjuran Pestabola Merdeka ada nostalgia sepanjang 43 tahun. Kami menyahut cabaran untuk bersama-sama dan mengambil sinergi sempena tahun kemerdekaan," kata Datuk Aizuddin Ghazali.

Setiap peserta mendapat sehelai t-shirt istimewa yang mengambil tema era kegemilangan pada 1983.

"Kita melihat penganjuran Pestabola Merdeka ada nostalgia sepanjang 43 tahun. Kami menyahut cabaran untuk bersama-sama dan mengambil sinergi sempena tahun kemerdekaan.

"Saya rasa selagi atas nama negara, tidak kira masalah lain tetapi sebagai rakya perlu menyokong apa-apa perkara yang membabitkan Malaysia.

"Dengan adanya program ini dapat mengajak orang ramai untuk menyokong pasukan negara," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video