Skip to main content

Bola Sepak

Pesta Penyokong: Ekor Harimau Malaya berbuka puasa di perkarangan stadium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penyokong.png
Penyokong Harimau Malaya mengambil kesempatan berbuka bersama-sama keluarga dan kenalan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum menyaksikan perlawanan Malaysia menghadapi Oman pada jam 10 malam nanti.

Menurut tinjauan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, ramai penyokong yang telah membanjiri perkarangan stadium seawal jam 6 petang terutamanya yang hadir dari luar Lembah Klang.

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang berlangsung pada bulan Ramadan tidak memudarkan semangat ribuan penyokong setia Harimau Malaya untuk hadir dan memberikan sokongan malam ini.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti bola sepak turut diadakan termasuk bazaar Ramadan di perkarangan stadium. 

Advertisement

Must Watch Video