Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior, berdepan dakwaan di Brazil atas mengganggu ketenteraman ketika sambutan hari lahir yang dianjurkannya di Rio de Janeiro pada musim panas.
Kes itu, yang sedang disemak oleh Mahkamah Jenayah Khas Rio de Janeiro kesembilan -- yang mengendalikan kesalahan kecil -- berpunca daripada aduan yang difailkan oleh jiran-jirannya. Pesta bersempena ulang tahunnya ke-25 yang diadakan di sebuah agam itu bermula pada 19 Julai sebelum berakhir pada awal pagi 21 Julai.
Menurut laporan itu, kejiranan di situ mendakwa pihak berkenaan mengeluarkan bunyi yang keterlaluan sehingga mengganggu ketenteraman kawasan berkenaan.
Sebaik menerima aduan, polis dilaporkan telah mengunjungi hartanah berkenaan dan mengarahkan tetamu agar merendahkan bunyi dan biarpun pada awalnya permintaan itu tetapi sebaik sahaja polis pergi, muzik dan bunyi bising kembali berkumandang.
Perbicaraan awal itu bakal berlangsung pada 6 November dan di bawah undang-undang Brazil, "mengganggu kerja atau ketenteraman orang lain" boleh mengakibatkan hukuman penjara hingga tiga bulan atau denda.
Kira-kira 500 tetamu dilaporkan telah bertandang ke pesta hari jadinya yang turut dirancakkan dengan konsert oleh penyanyi rap Amerika Syarikat, Travis Scott, bunga api serta hiburan lain termasuk kehadiran beberapa selebriti dan pemain bola sepak, antaranya rakan sepasukan di Real Madrid, Eduardo Camavinga, dan bintang pop Brazil, Anitta.
Dapatkan Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut Puma FUTURE 8 ULTIMATE FG yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Dapatkan Sekarang