Skip to main content

Bola Sepak

Pesta Bola Sinarena: Selain masuk percuma, hadiah menanti pengunjung di Stadium Merdeka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arenasinar.jpg
Astro Arena dan radio Sinar akan bergabung untuk menentang pemain-pemain legenda Piala Sultan Selangor dalam Pesta Bola SINARENA di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada 25 Ogos ini.

Penyampai radio Sinar, Hefny Sahad, menyatakan bahawa inisiatif penganjuran Pesta Bola SINARENA adalah buat peminat bola sepak tempatan kembali menyaksikan lagenda bola sepak tanah air beraksi di atas padang. 

"Kita juga sediakan makanan seperti teh tarik dan mee rebus. Inisiatif acara ini adalah untuk orang ramai bertemu dengan legenda bola sepak tanah air beraksi di atas padang. Malah, hadiah juga menanti buat yang hadir nanti" Katanya.





Antara pemain yang akan membuat kemunculan mewakili pasukan itu ialah bekas pemain kebangsaan, Safee Sali, Zaquan Adha, Datuk Zainal Abidin Hasan serta ramai lagi.

Dalam pada itu, Falyq Hikyle, menyatakan bahawa penganjuran acara itu adalah bersempena sinar harian menyambut ulang tahun ke-20.

"Tahun ini Sinar menyambut ulang tahun ke-20 tahun jadi kita menyambut sekali dengan pelbagai aktiviti dan tahun ini adalah dengan Astro Arena.

"Kami mahukan kemenangan, tetapi pada masa yang sama bergembira." Tambah Falyq Hikyle.

Advertisement

Must Watch Video