Bukan sekadar bermain bola sepak, Pestabola SINARENA juga akan menjadi platform bagi meraikan hari kebangsaan ke-67 negara.

Barisan penyampai radio Sinar FM bergabung dengan penganalisa dan pengulas sukan Astro Arena menentang legenda bola sepak tanahair khususnya bekas pemain Selangor.

Umpama bermain bola petang-petang, perlawanan dimenangi siapa lagi kalau bukan 'team legends' dengan keputusan 6-5 menerusi penalti.





Ini selepas aksi sepenuh masa terikat 3-3 dengan bekas penyerang kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan muncul wira menerusi gol kemenangan dalam aksi penentuan penalti.

Namun, apa yang lebing penting, perlawanan ini mengubat kerinduan peminat bola sepak tanahair yang sudah lama tidak menyaksikan idola mereka beraksi di atas padang.

Daripada veteran hinggalah semi veteran, rata-ratanya membuktikan mereka belum hilang sentuhan diketuai Zainal, Datuk Dollah Salleh, Azman Adnan, Norshahrul Idlan Talaha, Zaquan Adha Abdul Radzak dan ramai lagi.

Mesej utama acara yang turut disaksikan peminat setia bola sepak tanah air ini adalah bagi meraikan sambutan kemerdekaan bersama peminat dan ini ucapan istimewa daripada 'abang dj' kita.


"Enam puluh tujuh tahun kita merdeka, apa jasa kita kepada negara. Selamat menyambut hari kebangsaan Malaysia yang ke-67. Tahun ini ebrsama kita pupuk nilai murni dalam budaya, agama, masyarakat agar kita terus aman sampai bila-bila." kata Falyq Hikyle.

"Saya ingin mengucapkan selamat hari kebangsaan, bersama-sama kita jaga kemakmuran negara kita terutama di sosial media, kekalkan keharmonian negara," kata Hefny Sahad.

"Sinar ingin ucapakan selamat hari kebangsaan buat rakyat Malaysia di seluruh dunia." Tambah Ray.