Bekas penyerang berbisa Kelantan, Mohamad Ghaddar, dilihat seakan menyindir kualiti yang dipamerkan barisan pertahanan Kelantan The Real Warriors selepas tewas 0-4 kepada Kuching City, dalam perlawanan mingu pertama Liga Super 2025/26, malam tadi.
Menerusi laman Instagram, dia berkongsikan: "Pertahanan yang sangat bagus." bersama video ketika pasukan itu dibolosi dengan mudah.
Terdahulu, Ghaddar mendakwa dirinya ditipu oleh pengurusan The Real Warriors berhubung pengambilan pemain import baharu kelab itu.
Dia menyifatkan pengurusan kelab berkenaan sebagai tidak jujur dan hanya membuat janji palsu berkenaan pemain import yang sudah dibawanya iaitu Moaiad Alkhouli.
Namun, Presiden The Real Warriors (Kelantan TRW), Tan Sri Annuar Musa, menjelaskan bahawa pihaknya mempunyai garis panduan dalam menerima mana-mana pemain.
"Kita kena semak, adakah dia ejen sah dan mempunyai sijil daripada FIFA, selain pemain berkenaan perlu lulus pemeriksaan perubatan dan kecergasan, serta beberapa perkara lain yang perlu diambil kira.
"Kita faham dia nak jadi ejen dan mahu tawarkan pemain, maka kita kena ikut peraturan seperti biasa." katanya.
Untuk rekod, Ghaddar pernah menjadi penjaring terbanyak Liga Super 2017 dan menyumbangkan khidmat buat pasukan negeri itu sebelum mengalami kecederaan ligamen lutut anterior cruciate ligament (ACL) pada 2017 dan menamatkan kontrak atas persetujuan bersama.