Skip to main content

Bola Sepak

Pertahanan warisan Harimau Malaya tinggalkan bumi Azerbaijan, bakal ke Liga Super?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

irazabal.jpg
Selepas hampir tiga tahun bersama Sabah FK, Jon Irazabal akhirnya mengucapkan selamat tinggal dan berpisah dengan kelab tersebut susulan penamatan kontrak akhir bulan ini. 

Bintang warisan Harimau Malaya itu telah melakukan 98 penampilan sebagai pilihan utama pasukan, selain menjaringkan enam gol peribadi untuk kelab liga Azerbaijan itu.

Pencapaian terbaik tonggak berusia 28 tahun itu ialah memenangi gelaran Piala Azerbaijan pada 31 Mei lalu dan memacu kelab tersebut memperoleh kedudukan terbaik dalam kancah liga iaitu naib juara dan tempat ketiga sebelum ini. 

Menerusi kenyataan rasmi Sabah FK, pihak pengurusan berterima kasih atas khidmat baktinya sepanjang di sana dan mendoakan perjalanan karier yang baik kepada Irazabal. 

 

Tumpuan terarah ke manakah destinasinya selepas ini. Adakah Jon Irazabal akan terus berkelana di luar negara atau menerima risikan pasukan Liga Super? 

Terdapat khabar angin mengatakan bahawa Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menjadi kelab terbaharu buat dirinya, namun tiada pengesahan rasmi setakat ini. 

Kancah tempatan atau luar negara menjadi pilihan? 
 

Advertisement

Must Watch Video