Skip to main content

Bola Sepak

Pertahanan Selangor sedia sarung jersi Thailand meski pernah tolak tujuh kali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

deee.jpg
'Terasa janggal pula'

Berikut merupakan reaksi daripada pertahanan Selangor, Kevin Deeromram, selepas mencetak dua jaringan pertamanya ketika membantu The Red Giants melakar kemenangan pertama dalam saingan Liga Super 2025/26.

Hakikatnya pemain berdarah Thailand-Switzerland itu memiliki kepakaran khusus membabitkan hantaran ke bahagian jentera serangan pasukan untuk menghasilkan sebuah jaringan selain tugasan hakikinya di benteng pertahanan kiri pasukan.

Begitupun, keadaan itu terasa janggal buat Deeromram namun pemain berusia 27 tahun itu tidak menafikan ia masih sebuah perasaan yang senang apatah lagi jaringan itu membawa kepada kemenangan pasukan yang merupakan majikannya ketika ini.






"Sangat istimewa buat saya menjaringkan gol buat pasukan dan untuk penyokong melihat cara saya beraksi, saya gembira dapat melakukannya untuk penyokong.

"Sebenarnya saya selesa memberikan bantuan jaringan kerana ia cara saya bermain tetapi menjaringkan gol juga bagus buat pasukan, saya gembira untuk lakukan kedua-duanya.

Deeromram nampaknya pilihan tepat buat Katsuhito Kinoshi merujuk kepada perwatakannya sebelum ini yang dikenali sebagai pemain yang setia dengan pasukan semasanya.

Ironinya, dia turut pernah menolak tugasan skuad kebangsaan Thailand sebanyak tujuh kali dengan alasan kecederaan, namun mampu beraksi dengan baik bersama pasukan kelab pada hari berikutnya.

"Semestinya saya mahu beraksi untuk Thailand walaupun ramai berfikir saya tidak mahu." tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video