Pertahanan Roma stabil selepas rebah di atas padang
Shaiful Shamsudin
April 15, 2024 10:18 MYT
April 15, 2024 10:18 MYT
Pertahanan Roma, Evan Ndicka, sedang berehat di hospital selepas rebah di atas padang dalam pertembungan Serie A dengan Udinese, awal pagi tadi.
Perlawanan di Stadium Bluenergy itu terpaksa ditangguhkan di kedudukan 1-1 selepas minit ke-72 berikutan pemain antarabangsa Ivory Coast berusia 24 tahun itu rebah ketika bola di bawah kawalannya.
Ndicka kemudian diusung keluar selepas diberi rawatan di atas padang, namun Roma kemudian mengesahkan bahawa keadaan bekas pemain Auxerre dan Eintracht Frankfurt itu bertambah 'baik dan bersemangat' selepas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Following the on-field medical emergency involving Evan Ndicka, the match between Udinese and Roma has been suspended. The player is conscious and has been taken to hospital for further checks. Forza Evan, we are all with you! ? #ASRoma
— AS Roma English (@ASRomaEN) April 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan di akaun X rasmi Roma berbunyi: “Kami telah melawat Ndicka di hospital. Evan berasa lebih baik dan berada dalam semangat yang baik.
“Dia akan kekal di hospital untuk pemantauan lanjut. Forza Evan!”