Namun, penyerang sensasi negara, Safawi Rasid, yang harum subur dalam saingan Liga Thailand dikhabarkan mendapat perhatian kelab Liga Indonesia, Persib Bandung Bermartabat (PBB).

Bintang juara sembilan kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), itu dipinjamkan kepada The Dragons dan namanya mula bermain di bibir penyokong kelab dengan jolokan Pangeran Biru berkenaan.

Bagaimanapun, Pengarah PT Persib Bandung Bermartabat (PBB), Teddy Tjahjono, masih berteka-teki apabila ditanya mengenai perkhabaran berkenaan.

"Tunggu sahaja pengumumannya," katanya dipetik portal media negara itu ketika mengulas desas-desus perkhabaran mengenai pemain Harimau Malaya tersebut.
Biarpun begitu Teddy Tjahjono juga meminta semua pihak khasnya penyokong-penyokong Pangeran Biru agar bersabar serta tidak terpengaruh dengan desa-desus tersebut.

"Enggak tau (jadi bidikan Persib), ditunggu saja.

"Rumor-rumor yang kurang jelas. Nanti kalau salah gimana," tegasnya ketika ditanya sama pemain dari Terengganu tersebut akan menyarung jersi kelab Bandung itu musim depan.

KRedit: Sinar Harian