Kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung, kini kian hampiri untuk menggapai impian muncul selaku juara dua musim berturut-turut dalam kancah liga tersebut.
Dalam aksi perlawanan seterusnya, Persib dijadualkan akan berdepan dengan Malut United di Stadium Kie Raha, Ternate, Maluku Utara esok jam 7.00 malam waktu tempatan.
Kelab bola sepak Indonesia itu hanya memerlukan dua mata sahaja lagi untuk memastikan gelaran juara kekal menjadi milik mereka bagi musim 2024/25.
Ketika ini, Persib gah berada di takhta Liga 1 selepas mengumpul 64 mata keseluruhan.
Bagaimanapun misi untuk merayakan kejuaraan awal itu tidak mudah memandangkan skuad Malut United juga bukan calang-calang pasukan untuk ditewaskan.
Malut United bahkan antara lima pasukan terbaik ketika ini dengan menduduki tangga keempat keseluran dalam carta liga.
Pasukan pencabar terdekat Persib ketika ini ialah Dewa United selaku pasukan di tangga kedua di belakang persib dengan mengumpul 53 mata selepas mengharungi 30 perlawanan.
Persebaya pula di tangga ke-4 dengan berkongsi 53 mata dengan Dewa United namun dibezakan dengan jumlah jaringan.
Kesemua pasukan kini masih mempunyai tiga baki perlawanan terakhir sebelum menutup musim 2024/25.