Skip to main content

Bola Sepak

Persembahan Harimau Malaya meyakinkan

malaysia.jpg
Pertemuan antara skuad Malaysia dengan Kepulauan Solmon pada perlawanan persahabatan sebelum pusingan akhir Piala AFC telah menunjukan prestasi yang baik oleh anak didik Kim Pan Gon. 

Walaupun pada awalnya ada sedikit kesilapan yang dilakukan Syihan Hazmi sehingga memberi jaringan pembukaan pada lawan namun ia tidak merentap semangat Harimau Malaya sebaliknya mereka terus bangkit mencari jaringan penyamaan melalui falsafah dan indentity bola sepak Malaysia.

Menariknya perlawanan semalam apabila penulis dapat melihat sendiri bagaimana persefahaman yang baik ditonjolkan oleh pemain-pemain Harimau Malaya terutama membabitkan pemain-pemain yang kurang minit permainan di kelab seperti Syamer Kutty dan Sharol Saad. Mereka telah berjaya memainkan peranan dan tugasan masing-masing dengan baik sekali terutamanya Syamer yang sentiasa berada di posisi yang tepat untuk memenangi bola kedua sebagai pemain midfield defensive dan berani melakukan hantaran kehadapan melalui laluan bola di bahagian tengah.

Inilah corak bola sepak moden yang diamalkan oleh Kim Pan Gon dengan mengunakan kekuatan midfield sebelum menggunakan kelincahan pemain-pemain sayap untuk melakukan hantaran lintang atau permainan satu dua dengan penyerang. Lihat sahaja bagaimana gerakkan jaringan yang diperolehi Safawi Rasid dan Lee Tuck yang melalui lorongan tengah, begitu juga dengan punca jaringan pertama oleh Paulo Josue dan penalti melalui Arif Aiman.

Sekirannya permainan begini terus diamalkan oleh anak didik Pan Gon ia tidak mustahil yang mereka boleh membuat kejutan di pusingan akhir Piala AFC nanti kerana corak permainan yang diamalkan itu memerlukan teknik individu yang baik dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan tepat serta keyakinan yang tinggi bersama bola. Atas keupayaan itulah pemain-pemain Harimau Malaya dapat mengawal permainan dengan baik sehingga membuatkan lawan agak tertekan dan akhirnya Malaysia mencipta kemenangan yang besar.

 

Advertisement

Must Watch Video