Skip to main content

Bola Sepak

Persahabatan Antarabangsa: Richard Chin antara dipanggil sertai Harimau Malaya, Davies tidak tersenarai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harimau-malaya.jpg
Malaysia NT dalam satu kiriman media sosial sebentar tadi mengumumkan senarai 29 pemain yang dipanggil ketua jurulatih, Peter Cklamovski, menjelang dua aksi persahabatan bulan depan.

Kesemua pemain berkenaan akan menyertai kem latihan bermula Isnin ini sebagai persiapan menghadapi Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 September ini dan menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri empat hari kemudian.

Antara yang mendapat panggilan pertama ialah pemain muda berdarah Malaysia-Seychelles, Richard Chin, selain kepulangan semula Sergio Aguero ke dalam kem kebangsaan.

Bagaimanapun, tiada kelibat pemain sayap warisan, Imanol Machuca, untuk panggilan kali ini tetapi dua pertahanan kental dari luar negara, iaitu Dion Cools dan Facundo Garces, berada dalam senarai.

Panggilan kali ini juga menyaksikan ketiadaan kapten Harimau Malaya, Matt Davies.

Senarai pemain:

 

Advertisement

Must Watch Video