Pemain tengah Sri Pahang FC, Nor Azam Azih, berkata peluang untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya menjadi pembakar semangantnya biarpun masih bergelut dengan kecederaan jangka panjang.
Tambahnya, dia tidak lagi mahu menoleh ke belakang, sebaliknya mahu memanfaatkan segala peluang yang ada untuk meningkatkan kembali prestasinya dan keluar daripada belenggu masalah kemerosotan berkenaan.
Pemain kelahiran Maran itu juga mengakui mentalnya terganggu dengan kemerosotan prestasinya musim ini tetapi percaya akan ada pelangi selepas hujan.
"Alhamdulillah, jurulatih Kim Pan-Gon memanggil saya semula dalam kem latihan kali ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.
"Sebelum ini, saya mengalami kecederaan sebanyak tiga kali sewaktu bersama Pahang dan ia mebuatkan saya hilang keyakinan untuk bermain.
"Saya rasa tahun ini tahun yang paling mengecewakan saya dan ia menjejaskan aksi saya di dalam padang.
"Ia disebabkan kecederaan saya tetapi kini, Alhamdulillah, jurulatih memberikan saya peluang sekali lagi dan sekiranya dapat bermain, Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik.
"Bagi saya, ia sememangnya satu pembakar semangat dan saya harap ia dapat membangkitkan semula prestasi saya," katanya.
Skuad negara kini dalam rangka persiapan untuk menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa tier 1 berdepan Syria dan China di Chengdu, masing-masing pada 6 dan 9 September ini.
Dua perlawanan antarabangsa kali ini adalah persiapan bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Piala Asia di Qatar awal tahun depan.
Sebagai rekod, skuad negara diundi dalam Kumpulan E saingan Piala Asia bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.