Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon, menjanjikan sisi berbeza Harimau Malaya menjelang pertemuan dengan Papua New Guinea bagi aksi persahabatan antarabangsa tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Selasa ini.
Jelas pengendali itu, pendekatan kali ini akan memberikan lebih penekanan terhadap penguasaan bola, sekali gus jelas menunjukkan dia masih belum berpuas hati dengan kemenangan 4-1 yang dicatatkan ke atas Kepulauan Solomon pada Rabu lalu.
Mutu bola sepak yang dimahukan Pan-gon itu memerlukan seorang pemain tengah berpengalaman dan tanpa tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa, jurulatih berusia 54 tahun itu memberikan bayangan akan memberikan keparcayaan kepada pemain yang berpangkalan di Eropah, Nooa Laine, untuk mengemudi bahagian tengah Harimau Malaya.
Selain itu, Pan-gon turut menyuarakan kebimbangannya melihat barisan pemain negara masih melakukan kesilapan taknikal yang dikhuatiri akan menjejaskan prestasi keseluruhan pasukan.
"Seperti yang anda tahu, Natxo dan Feroz (Baharudin) tidak akan beraksi dalam perlawanan selepas ini tetapi dalam kes Natxo, kami perlu memantaunya dengan sebaik mungkin dan tidak dapat diputuskan sehingga minit akhir," katanya seperti yang dilaporkan Astro Arena.
"Sebagai profesional, kami sentiasa mengambil berat mengenai pemain, terutama berkaitan kecederaan.
"Kami perlu melindungi pemain dan prestasi pasukan, jadi kami akan kekal menjaga kebajikan setiap pemain dengan bahagian perubatan kami.
"Kami juga menghargai sokongan daripada kelab dan kami akan menjaga pemain mereka," katanya.