Indonesia berpesta gol ke atas pasukan di ranking ke-172 dunia, Taiwan, dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya malam tadi.
Skuad Garuda itu menghasilkan empat gol dalam separuh masa pertama, bermula dengan jaringan pembukaan bekas kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Jordi Amat, seawal minit keempat sebelum pertahanan lawan, Chao Ming Hsiu, terjaring gol ke gawang sendiri pada minit ke-23.
Sepuluh minit berselang, giliran Marc Klok mencatatkan nama selaku penjaring dan Eliano Reijnders memastikan tuan rumah ke bilik persalinan dengan kelebihan selesa menerusi sentuhan pemusnahnya pada minit ke-38.
Indonesia menambah dua lagi gol dalam babak kedua yang disumbangkan penyerang DPMM, Ramadhan Sananta (m-58), dan pertahanan Buriram United, Sandy Walsh (m-60).
Pasukan bimbingan Patrick Kluivert itu seterusnya akan menghadapi pasukan di ranking ke-112 dunia, Lubnan, dalam satu lagi aksi persahabatan di venue sama pada Isnin ini.