Pemain sayap skuad negara, Faisal Halim, bersedia untuk mengetuai jentera serangan Harimau Malaya dalam dua aksi persahabatan antarabangsa di Chengdu, China bulan depan.
Skuad negara kini dalam rangka persiapan untuk menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa tier 1 berdepan Syria dan China, masing-masing pada 6 dan 9 September ini.
Faisal, yang baru sahaja menjalani penggantungan selama sebulan, hanya beraksi kompetitif selama 45 minit sebelum melaporkan diri bersama kem negara.
Enggan menabur sebarang janji, pemain dengan gelaran Miki itu bertekad untuk membalas kepercayaan ketua jurulatih, Kim Pan-gon, berbekalkan kualiti yang dimilikinya.
"Saya tidak boleh memberikan apa-apa jawapan kerana saya sudah lama tidak bermain tetapi saya bersedia untuk membantu pasukan Malaysia dan berharap dapat kembali dengan lebih kuat," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
"Saya baru ada 45 minit permainan -- orang lain mungkin sudah bermain lima perlawanan sebelum ini -- tetapi saya harap ia bukan satu masalah untuk diri saya, saya akan mencuba berikan yang terbaik kerana sebagai pemain bola sepak, ini kerja saya dan apa sahaja yang berlaku di belakang tabir, saya tetap perlu meneruskannya bagi membantu skuad kebangsaan.
"Apabila bertemu pasukan yang kuat, sudah pasti kita mahu memperbaiki kelemahan dalam diri kita.
"Saya harap dengan perlawanan seperti ini, saya dapat meningkatkan prestasi saya untuk membantu skuad kebangsaan dan sebagai persiapan ke Piala Asia," katanya.
Dua perlawanan antarabangsa kali ini adalah persiapan bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Piala Asia di Qatar awal tahun depan.
Sebagai rekod, skuad negara diundi dalam Kumpulan E saingan Piala Asia bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.